Friday, November 11, 2016

Detik hati: "Ish... Dah 2 malam ni aku tak buat tahajjud... Alah, xpelah, kira2 dalam seminggu 3 hari jugak aku bangun tahajjud. Ada org tu, solat pun tidak." Aduhai kawan, kenapa pikir macam tu.... Ingat tak apa Rasulullah SAW pesan? "Dua hal apabila dimiliki oleh seseorang dia dicatat oleh Allah sebagai orang yang bersyukur dan sabar. Dalam urusan agama (ilmu dan ibadah), dia melihat kepada yang lebih tinggi dan mencontohinya. Dalam urusan dunia dia melihat kepada yang lebih bawah, lalu bersyukur pada Allah bahawa dia masih diberi kelebihan." [HR Tirmidzi] Akan tetapi, orang kita lain pulak ceritanya. Dalam hal dunia mereka lihat yang leih tinggi, lebih kaya dari mereka, dan kemudian berlumba-lumba ke arah itu sampaikan lupa erti syukur. Dalam hal akhirat, mereka lihat pada orang yang paling bawah, paling teruk ibadahnya, dan kemudia berbangga yang mereka lebih bagus. Allahurabbi.... Maka lepas ni kawan2... tgk pada diri kita sendiri. Banyak mana amalan kita, cukup tak bekalan itu nak dibawa ke alam yg lagi satu tu? Wallahu A'lam Bishawab


via Instagram http://ift.tt/2fqCvNk

Thursday, November 10, 2016

With a bottle of coffee, let's start our hectic day today. Caiyok! Bismillah.... #mencarirezeki #pokkacoffee #2553 #2553malaysia #workworkwork


via Instagram https://www.instagram.com/p/BMpsUJiDAbG/

Sunday, November 6, 2016

Kait buah jambu..... Eh seronok pulak. Hehe...


via Instagram http://ift.tt/2ecCuQv

Saturday, November 5, 2016

"Akak, sihat? Macam mana keadaan akak sekarang?" Sengaja menyapa, bertanya khabar. Lama tak jumpa dan bergerak kerja bersama, sekarang. Makin cantik akhwat tu sekarang (cantik orang umum. Kulit makin flawless. Pemakaian makin bergaya). Kbai~~ "Alhamdulillah. Ok je. Sihat macam mana tu yang kamu maksudkan ?" "Gangguan akak sebelum ni dah berkurang ?" "Oh yang tu. Alhamdulillah, dah hilang terus. Rasa ringan badan. Takde lah sakit selalu macam dulu." "Oh, alhamdulillah. Akak berubat kat mana?" "Takde pergi berubat mana mana sangat. Akak banyak kuatkan diri, tilawah dan berdoa sungguh sungguh kepada Allah minta Allah sembuhkan. Alhamdulillah." Alhamdulillah. Bukan nak buka aib orang. Cuma, aku kerap kali terfikir dan terimbas banyak perkara dalam minda. Kadang, ada betul cakap ustaz. "Syaitan akan buat apa sahaja, sampai kita gugur dari medan juang ni. Apa sahaja. Jadi, kita kena lawan. Bukan redha dengan kesakitan demi kesakitan. Lawan. Biar syaitan yang futur daripada menghasut kita semua. Trust me. Semua yang sakit sakit ni, confirm sembuh terus. Percayalah." Lebih betul, kalam Allah taala, Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". [ QS. Al A’raf : 16–17 ] Indeed. Lebih lama kita dalam dakwah dan tarbiah, lebih kuat kita bekerja untuk Allah, lebih besar pangkat syaitan yang dihantar untuk kalahkan kita. Jadi, why not bertahan sikit untuk seketika ? Sampai kita dah boleh selesa bergembira di syurga ? Sakit itukan kifarah dosa. Bukan alasan untuk kita berhenti daripada 'bekerja'. Bekerja untuk amankan dunia daripada maksiat dan noda. Wallahualam. Ini bukan post kecam. Tapi sengaja nak buat muhasabah diri dan semua yang diuji dengan macam macam cara. Kuat ya, kawan kawan. @budaktarbiah


via Instagram http://ift.tt/2eoOUzU

Friday, November 4, 2016

Melayan 2 budak kecik ni sambil tgu Cik Mera siap servis. 😪😪


via Instagram http://ift.tt/2eG0BD3

Wednesday, November 2, 2016

Junior aku: "Bang, nak share something boleh tak?" Aku: "Boleh. Apa dia?" Junior aku: "Saya tak tahu apa dah jadi pada saya. Sejak saya jumpa perempuan tu, saya asyik terbayang-bayang muka dia. Hati tak tenang." Aku: "Jatuh cinta?" Junior aku: "Entahlah. Apa saya kena buat?" Aku: "Baca Al-Quran, insya-Allah hilang bayangannya." Junior aku: "Dah bang. Tapi, muka dia muncul menari-nari di atas ayat-ayat Al-Quran yang saya baca." Aku: "Chia Chia Chia..." Junior aku: "Abang, orang betul-betul ni. Main-main pulak." Aku: "Hahaha, ok. Abang nak tanya. Kenapa kau baca Al-Quran tadi?" Junior aku: "Untuk tenangkan hati, hilangkan bayangan dia." Aku: "Sebab tu bayangan dia tak hilang." Junior aku: "Maksud abang?" Aku: "Hati akan tenang, bila ingat Allah. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. [Q.S. Ar-Ra'du, 13:28] Hati kau tak akan tenang kalau kau cuba melupakan dia. Hanya dengan mengingat Allah yang akan menenangkan hati kau dan melupakan bayangan dia." Junior aku: "Pergh, dalam tu bang." Aku: "Tau takpe. Cukup-cukup berangan. Pergi wudhu' solat taubat, solat hajat, teruskan kehidupan. Kalau betul-betul serius, pergi jumpa mak ayah dia." Junior aku: "Ok bang, saya cuba." Aku: "Cuba yang mana? Solat ke jumpa mak ayah dia?" Junior aku: "Dua-dua sekali." Aku: "Chia Chia Chia.."


via Instagram http://ift.tt/2eVbnbE

Tuesday, November 1, 2016

I have a sweet tooth ❤️❤️❤️


via Instagram http://ift.tt/2f8PhDa