via Instagram http://ift.tt/2gFLrlq
Wednesday, November 30, 2016
Jahat macamana pun kita, jangan tinggal solat. Pernah berzina? Itu bukan alasan untuk tinggal solat. Pernah minum arak, mencuri, tengok video lucah, couple, ketagih drama, mencarut, dan segala maksiat yang pernah kita lakukan, itu bukan alasan untuk tinggal solat. Kerana... Kalau betul kita Islam, solatlah. Kalau betul nak berubah, solatlah. Kalau betul cinta Allah, solatlah. Kalau nak dapat kekuatan, solatlah. Kalau nak berjaya, solatlah. Kalau nak kebahgiaan, solatlah. Solat itu lama kelamaan akan menghakis jahiliah dalam diri kita, sehingga akhirnya kita jadi yang terbaik. Kawan... Solatlah, jangan sesekali tinggalkan solat dengan sengaja. Jika kita pernah tinggalkan solat, taubatlah dengan taubat nasuha, kemudian qadha' lah kembali solat yang kita telah tinggalkan, dan jangan ulangi lagi. Moga Allah masukkan kita ke dalam golongan yang mendirikan solat! Aamiin Allahumma Aamiin.
via Instagram http://ift.tt/2gFLrlq
Monday, November 28, 2016
Alhamdulillah. Rezeki di malam hari. Bak kata pepatah rezeki jgn ditolak. Jangan dihalang org yg nak berbuat baik sesama makhluk.
via Instagram http://ift.tt/2fWn5QP
Friday, November 25, 2016
Sekarang ni terdengar di sana sini... Saudara2 Islam kita di tindas, dibunuh diseksa, dicabuli diri, maruah dan hak asasi. Namun, kita bukan pendekar yang terbilang, kita bukan ketua perang, kita bukan manusia super yang berani/mampu turun padang untuk sama2 melibas mereka yang menganiaya. Tapi. Jangsn lupa saudaraku, kita ada sesuatu yang orang lain tak ada - the power of doa. Ayuhlah saudaraku, bangunlah, kerjakan lah solatmu, lantunkanlah Qunut Nazilah untuk mereka dalam solat kita. Semoga Allah memperkenakan doa kita semua. Aamiin Allahumma Aamiin... #prayforgaza #prayforrohingya
via Instagram http://ift.tt/2fZMRXj
Tuesday, November 22, 2016
Bayangkan. Andailah kita mati sekarang ini. Pasti ramai yang menangisi kita. Sebentar lagi kita akan di urus oleh team khairat kematian kawasan kita. Setelah selesai mandi. Kita dikafankan sebaik dan selembutnya. Kemudian datang kenderaan terakhir yang akan menjemput kita. Kita akan ditolak masuk dibelakang van dan sorang dua mungkin akan menjadi pengiring kita samaada ahli keluarga terdekat kita atau kawan kita. Terkomat kamit mereka membaca ayat ayat suci untuk kita supaya kita mendapat rahmat Allah. Setelah sampai dikuburan, ramai yang menanti pengkebumian kita. Liang telah ready. Pak imam dan para ahli masjid suram menunggu kita. Kawan kawan kita ada yang berada jauh di bawah daunan rendang menunggu acara pengkebumian kita. Ada diantara mereka yang diam membatu. Ada yang membaca ayat suci dan ramai juga yang bersembang dan berbisik antara mereka. Kita dikuburkan. Berlalu lah kehidupan fana' kita dan menanti agenda hidup barzah seterusnya. Mereka yang masih hidup dan berlalu pergi itu akan memperkatakan tentang kita, "Kesian kat dia, dia ni dulu bukan main sombong lagi" "Dia ni dulu bukan nak campur orang pun, hidup sendiri sendiri saja. Sekarang ni amanlah dia." "Dia ni dulu kalau pasal mengumpat dan mengenakan orang bukan main terror lagi." "Dia ni dulu, suka tengok bola kat kedai maplai tu. Tak ada dia sunyilah kedai maplai tu. Kalau tidak suara dialah yang kuat" "Dia ni dulu bukan main gedik lagi, sekarang ni hilanglah kawan gedik kita" Itulah antara kata kata yang akan terbit dari kawan kawan dan saudara yang mengenali kita. Sama ada mereka menyebutnya secara harfiah mahu pun didalam hati semuanya benar belaka. Kebenaran kata itulah yang memberi kesan kepada kita. Itulah kita yang sebenarnya! Begitulah umat terdahulu. Dan pemimpin terdahulu. Kisah hidup mereka telah menjadi sejarah dan telah tertulis oleh sejarah tentang diri mereka. Jika kita benar-benar mati. Kita ingin dikenang sebagai apa? Kita ingin di ingat sebagai apa? Inilah tujuan hidup kita sebenarnya. Sementara kita masih hidup ini, buatlah sesuatu supaya sejarah mati kita nanti menjadi sejarah yang baik dan dapat menjadi kenangan yang baik buat generasi kita nanti.
via Instagram http://ift.tt/2gFv2Pa
Sunday, November 20, 2016
Saturday, November 19, 2016
Macam mana kita nak tahu kita buat kerja atau tidak ? Bila kita tenang macam tiada masalah (walhal di belakang nuh berlonggok masalah perlu di selesaikan), atau bila kita tak tahu kita nak buat apa sebab rasa macam acah-acah semua dah selesai, Bererti, kita tak berbuat. Atau, kita belum mula berbuat. Bila terlalu banyak masalah perlu diseselaikan, dan asyik muncul masalah masalah yang baru, yakinlah bahawa, kita sedang berbuat. Kenapa? Sebab, bila kita berbuat, baru akan wujud banyak masalah. Dan kita akan sibuk menyelesaikan segala masalah yang memang ada dan tiba-tiba wujud. Sama macam kau nak pergi makan. Kalau kau duduk congok depan TV walaupun kau lapar dan nak makan, kau akan tertidur atau tak rasa apa. Tapi kalau kau bangun pergi dapur dan buka peti ais, baru kau tahu yang rupanya peti ais kau tu kosong tak ada benda nak di masak. Eh!? Jadi, Berbuatlah, agar ada masalah, dan agar masalah tu kita boleh selesaikan :) Berbuatlah setiap hari, kerana masalah itu wujud setiap hari. Salam Kasih, Selamat berbuat dan selamat berkerja.
via Instagram http://ift.tt/2fQ8IxO
Friday, November 18, 2016
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya diciptakan untukmu pasangan hidup dari jenismu sendiri supaya kamu mendapat ketenangan hati dan dijadikan-Nya kasih sayang diantara kamu. Sesungguhnya yang demikian menjadi tanda-tanda kebesaran-Nya bagi orang-orang yang berpikir”. (Ar-Ruum : 21). Menghadiri majlis pernikahan adik bongsu kami. Semoga Allah memberi kelancaran pada majlis ini. Barakallahu lakum wabaraka alaikum.
via Instagram http://ift.tt/2f9kulC
Subscribe to:
Posts (Atom)