Monday, July 31, 2017

"Merangkak lah korang cari aku kat padang mahsyar nanti!" Pernah tak dengar ayat kat atas tu? Zaman skrg ni selalu sgt dengar statement mcm ni. Nak tny sikit la kan... Dah pernah ke padang mahsyar ke sebelum ni? Pernah baca hadis tak mcm mana gambaran mahsyar tu? Di padang Mahsyar nanti, masing-masing hanya akan fikir akan dosa masing-masing sahaja, tiada masa untuk fikir pasal orang lain apatah lagi nak tunggu orang lain datang merangkak untuk minta maaf. Nak minta maaf, langsaikan di dunia sahaja. Di akhirat kelak, terima sahajalah hukuman dari Allah, dan pahala kau akan diberi kepada orang yang pernah kau buat salah, itu pun kalau kita ni banyak pahala. So, dari kita meninggi ego mendabik dada untuk tidak memaafkan sesama kita, dan menjerit2 nak bawak "kes" korang ke mahsyar, baik kaji semula. Jgn kan orang tu susah, kamu pun susah. Aje memang lambat la nak masuk syurga, atau neraka! #tarbiahsentap #ingatanuntuksayadansemua


via Instagram http://ift.tt/2vaPVrC

No comments:

Post a Comment