Tuesday, December 20, 2016

A little bit of Korean fusion tonight. Budae Jjigae with wife & siblings. 잘 먹겠습니다!


via Instagram http://ift.tt/2hmyEBw

Wednesday, December 14, 2016

#Repost @tatiya_stailista with @repostapp ・・・ Yaayyy!! Akhirnya Y.E.S datang jugak untuk koleksi Tatiya. Ha.. Apa lagi semua. Jomlah rebut peluang yang ada ni.... Tapi.... Ada syarat tau.. Hanya gambar yg ada 5% diskaun je tau! 😘 #cottondress #tatiya #yearendsale


via Instagram http://ift.tt/2hPUkpD

Monday, December 12, 2016

Alhamdulillah, mendapat jugak nak makan shell out arini. Gigih memasak sebab nak makan pny pasal. Dengan lafaz Bismillah....


via Instagram http://ift.tt/2hoJZSz

Sunday, December 11, 2016

Padi tengah menghijau... 😊😊


via Instagram http://ift.tt/2gom6ID

Monday, December 5, 2016

Something to consider...


via Instagram http://ift.tt/2gY2n71

Friday, December 2, 2016

Ok, memang tak tipu, betol2 sedap Milani Briyani ni. Tak tau apa gravy dia, tapi memang sedap sangat... Selamat menjamu selera. Errrkk... Alhamdulillah.


via Instagram http://ift.tt/2gxsO2K

Dulu Ustaz pernah bercerita tentang kisah Imam Syafie masa umur dia sekitar 15-18 tahun. Pernah sekali ada seorang suami ni di zaman tu sebut pada isterinya yang mengandung, "Kalau bulan purnama lebih cantik dari anak yang lahir ni, aku akan ceraikan kau.." Dijadikan cerita, saat bayi tu lahir, lelaki tu rasa bulan purnama lagi cantik dari anaknya. Lalu lelaki tu menyesal sebab melafazkan talak kinayah tu dan merasakan telah menceraikan isterinya. Dia menangis termasuk isterinya sebab menyesal. Bila Imam Syafie tau (masa tu belum jadi imam besar lagi, dia masih pelajar), imam syafie datang padanya. Lelaki tu pun cerita apa yang berlaku. Kemudian Imam Syafie diam, dan dia pun sebut (lebih kurang lah), "Kau belum bercerai lagi. Sebab Allah kata dalam al Quran, "Sesungguhnya Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik (secantik-cantik) penciptaan.. (Surah At Tin: 5)" Bila lelaki tu dengar ayat ni, terus angguk setuju dengan semangat dan gembira. Ada pendapat kata itulah fatwa pertama Imam Syafie. --- Point dari kisah ni ada banyak. Tapi aku ambik yang simple je. Semua manusia cantik dan hensem tak kisah warna kulit apa, tinggi mana, gemuk atau kurus dan sebaginya. Yang rasa hodoh tu adalah sebab persepsi masyarakat setempat je. Yakinlah, Allah jadikan kita ni semua sebaik-baik ciptaan. Kan? :) Chill. Dah! Gi solat maghrib sana. Muka cantik atau hensem tapi selalu lewatkan solat pun takda function juga. 😜😜


via Instagram http://ift.tt/2gTXzMj

Monday, November 28, 2016

Alhamdulillah. Rezeki di malam hari. Bak kata pepatah rezeki jgn ditolak. Jangan dihalang org yg nak berbuat baik sesama makhluk.


via Instagram http://ift.tt/2fWn5QP

Tuesday, November 22, 2016

Bayangkan. Andailah kita mati sekarang ini. Pasti ramai yang menangisi kita. Sebentar lagi kita akan di urus oleh team khairat kematian kawasan kita. Setelah selesai mandi. Kita dikafankan sebaik dan selembutnya. Kemudian datang kenderaan terakhir yang akan menjemput kita. Kita akan ditolak masuk dibelakang van dan sorang dua mungkin akan menjadi pengiring kita samaada ahli keluarga terdekat kita atau kawan kita. Terkomat kamit mereka membaca ayat ayat suci untuk kita supaya kita mendapat rahmat Allah. Setelah sampai dikuburan, ramai yang menanti pengkebumian kita. Liang telah ready. Pak imam dan para ahli masjid suram menunggu kita. Kawan kawan kita ada yang berada jauh di bawah daunan rendang menunggu acara pengkebumian kita. Ada diantara mereka yang diam membatu. Ada yang membaca ayat suci dan ramai juga yang bersembang dan berbisik antara mereka. Kita dikuburkan. Berlalu lah kehidupan fana' kita dan menanti agenda hidup barzah seterusnya. Mereka yang masih hidup dan berlalu pergi itu akan memperkatakan tentang kita, "Kesian kat dia, dia ni dulu bukan main sombong lagi" "Dia ni dulu bukan nak campur orang pun, hidup sendiri sendiri saja. Sekarang ni amanlah dia." "Dia ni dulu kalau pasal mengumpat dan mengenakan orang bukan main terror lagi." "Dia ni dulu, suka tengok bola kat kedai maplai tu. Tak ada dia sunyilah kedai maplai tu. Kalau tidak suara dialah yang kuat" "Dia ni dulu bukan main gedik lagi, sekarang ni hilanglah kawan gedik kita" Itulah antara kata kata yang akan terbit dari kawan kawan dan saudara yang mengenali kita. Sama ada mereka menyebutnya secara harfiah mahu pun didalam hati semuanya benar belaka. Kebenaran kata itulah yang memberi kesan kepada kita. Itulah kita yang sebenarnya! Begitulah umat terdahulu. Dan pemimpin terdahulu. Kisah hidup mereka telah menjadi sejarah dan telah tertulis oleh sejarah tentang diri mereka. Jika kita benar-benar mati. Kita ingin dikenang sebagai apa? Kita ingin di ingat sebagai apa? Inilah tujuan hidup kita sebenarnya. Sementara kita masih hidup ini, buatlah sesuatu supaya sejarah mati kita nanti menjadi sejarah yang baik dan dapat menjadi kenangan yang baik buat generasi kita nanti.


via Instagram http://ift.tt/2gFv2Pa

Sunday, November 20, 2016

Kadang2 hajat di hati nak sado kan badan. Tp memikirkan anak2 masih memerlukan "perut" papa dia untuk tidur yang lena... Terpaksa la batalkan niat nak fit ni. Xpela, demi anak... Gebu pun gebu lah. Hehe....


via Instagram http://ift.tt/2grNdae

Saturday, November 19, 2016

Macam mana kita nak tahu kita buat kerja atau tidak ? Bila kita tenang macam tiada masalah (walhal di belakang nuh berlonggok masalah perlu di selesaikan), atau bila kita tak tahu kita nak buat apa sebab rasa macam acah-acah semua dah selesai, Bererti, kita tak berbuat. Atau, kita belum mula berbuat. Bila terlalu banyak masalah perlu diseselaikan, dan asyik muncul masalah masalah yang baru, yakinlah bahawa, kita sedang berbuat. Kenapa? Sebab, bila kita berbuat, baru akan wujud banyak masalah. Dan kita akan sibuk menyelesaikan segala masalah yang memang ada dan tiba-tiba wujud. Sama macam kau nak pergi makan. Kalau kau duduk congok depan TV walaupun kau lapar dan nak makan, kau akan tertidur atau tak rasa apa. Tapi kalau kau bangun pergi dapur dan buka peti ais, baru kau tahu yang rupanya peti ais kau tu kosong tak ada benda nak di masak. Eh!? Jadi, Berbuatlah, agar ada masalah, dan agar masalah tu kita boleh selesaikan :) Berbuatlah setiap hari, kerana masalah itu wujud setiap hari. Salam Kasih, Selamat berbuat dan selamat berkerja.


via Instagram http://ift.tt/2fQ8IxO

Friday, November 18, 2016

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya diciptakan untukmu pasangan hidup dari jenismu sendiri supaya kamu mendapat ketenangan hati dan dijadikan-Nya kasih sayang diantara kamu. Sesungguhnya yang demikian menjadi tanda-tanda kebesaran-Nya bagi orang-orang yang berpikir”. (Ar-Ruum : 21). Menghadiri majlis pernikahan adik bongsu kami. Semoga Allah memberi kelancaran pada majlis ini. Barakallahu lakum wabaraka alaikum.


via Instagram http://ift.tt/2f9kulC

Tuesday, November 15, 2016

Gado-gado. Kalau nak gado, makan ni dulu. Lepas tu kita gado puas-puas.


via Instagram http://ift.tt/2fSCm53

Saturday, November 12, 2016

Aku: Macam mana dengan kau punya gangguan (jin) kau tu? Kawan: Masih macam tu, kadang2 sakit, kadang2 ok. Kadang2 agak sedang2 elok la sakitnye. Tapi kan, kenapa eh aku bole kena mcm ni? Padahal orang lain ok je aku tengok...?? Aku: ...... Mungkin, Kifarah? Kawan: hmm...? Pelik lah. Aku: Macam mana sekarang? dah perkukuhkan solat? Kawan: .... Cube, tapi x kukuh mana lah. Selalu rongak. Haha.... Aku: ......... Allahurabbi.... Kegkawan, gangguan jin ni salah satu dari musibah. Musibah ni adalah ujian Allah. Ingat, sebab Allah sayangkan kita lah dia menguji kita. Ujian Allah ni ada 2 jenis. Satu untuk meguji iman kita terhadap Dia. Dan satu lagi sebagai peringatan kepada kita atas dosa2 lama yang kita pernah lakukan. Haaaa..... Yang kedua ni yang selalu manusia tak ambil iktibar dan pedoman. Allah bagi petunjuk dan hidayah melalui ujian. Petunjuk bahawa kita pernah lakukan kesilapan dan Allah nak kita cari punca kesilapan tu dan perbetulkan balik sementara kita masih hidup lagi kat dunia ni. Allahuakbar, betapa sayangnya Allah pada kita. Kat dunia lagi dah bagi can nak betulkan kesilapan. Dari Anas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda "Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan, ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat." Jadi kengkawan, lebih baik bersyukur dengan musibah, tidak kira apa jenis jua. Kerana, lebih baik Allah memberi kita balasan di dunia dan diringankan balasan itu di akhirat. Daripada diperam semuanya sehingga ke akhirat sebab Allah memang betul2 mahu kan mereka menerima balasan yang setimpalnya diakhirat nanti. Wallahu a'lam.


via Instagram http://ift.tt/2ftrjQg

Friday, November 11, 2016

Detik hati: "Ish... Dah 2 malam ni aku tak buat tahajjud... Alah, xpelah, kira2 dalam seminggu 3 hari jugak aku bangun tahajjud. Ada org tu, solat pun tidak." Aduhai kawan, kenapa pikir macam tu.... Ingat tak apa Rasulullah SAW pesan? "Dua hal apabila dimiliki oleh seseorang dia dicatat oleh Allah sebagai orang yang bersyukur dan sabar. Dalam urusan agama (ilmu dan ibadah), dia melihat kepada yang lebih tinggi dan mencontohinya. Dalam urusan dunia dia melihat kepada yang lebih bawah, lalu bersyukur pada Allah bahawa dia masih diberi kelebihan." [HR Tirmidzi] Akan tetapi, orang kita lain pulak ceritanya. Dalam hal dunia mereka lihat yang leih tinggi, lebih kaya dari mereka, dan kemudian berlumba-lumba ke arah itu sampaikan lupa erti syukur. Dalam hal akhirat, mereka lihat pada orang yang paling bawah, paling teruk ibadahnya, dan kemudia berbangga yang mereka lebih bagus. Allahurabbi.... Maka lepas ni kawan2... tgk pada diri kita sendiri. Banyak mana amalan kita, cukup tak bekalan itu nak dibawa ke alam yg lagi satu tu? Wallahu A'lam Bishawab


via Instagram http://ift.tt/2fqCvNk

Thursday, November 10, 2016

With a bottle of coffee, let's start our hectic day today. Caiyok! Bismillah.... #mencarirezeki #pokkacoffee #2553 #2553malaysia #workworkwork


via Instagram https://www.instagram.com/p/BMpsUJiDAbG/

Sunday, November 6, 2016

Kait buah jambu..... Eh seronok pulak. Hehe...


via Instagram http://ift.tt/2ecCuQv

Saturday, November 5, 2016

"Akak, sihat? Macam mana keadaan akak sekarang?" Sengaja menyapa, bertanya khabar. Lama tak jumpa dan bergerak kerja bersama, sekarang. Makin cantik akhwat tu sekarang (cantik orang umum. Kulit makin flawless. Pemakaian makin bergaya). Kbai~~ "Alhamdulillah. Ok je. Sihat macam mana tu yang kamu maksudkan ?" "Gangguan akak sebelum ni dah berkurang ?" "Oh yang tu. Alhamdulillah, dah hilang terus. Rasa ringan badan. Takde lah sakit selalu macam dulu." "Oh, alhamdulillah. Akak berubat kat mana?" "Takde pergi berubat mana mana sangat. Akak banyak kuatkan diri, tilawah dan berdoa sungguh sungguh kepada Allah minta Allah sembuhkan. Alhamdulillah." Alhamdulillah. Bukan nak buka aib orang. Cuma, aku kerap kali terfikir dan terimbas banyak perkara dalam minda. Kadang, ada betul cakap ustaz. "Syaitan akan buat apa sahaja, sampai kita gugur dari medan juang ni. Apa sahaja. Jadi, kita kena lawan. Bukan redha dengan kesakitan demi kesakitan. Lawan. Biar syaitan yang futur daripada menghasut kita semua. Trust me. Semua yang sakit sakit ni, confirm sembuh terus. Percayalah." Lebih betul, kalam Allah taala, Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". [ QS. Al A’raf : 16–17 ] Indeed. Lebih lama kita dalam dakwah dan tarbiah, lebih kuat kita bekerja untuk Allah, lebih besar pangkat syaitan yang dihantar untuk kalahkan kita. Jadi, why not bertahan sikit untuk seketika ? Sampai kita dah boleh selesa bergembira di syurga ? Sakit itukan kifarah dosa. Bukan alasan untuk kita berhenti daripada 'bekerja'. Bekerja untuk amankan dunia daripada maksiat dan noda. Wallahualam. Ini bukan post kecam. Tapi sengaja nak buat muhasabah diri dan semua yang diuji dengan macam macam cara. Kuat ya, kawan kawan. @budaktarbiah


via Instagram http://ift.tt/2eoOUzU

Friday, November 4, 2016

Melayan 2 budak kecik ni sambil tgu Cik Mera siap servis. 😪😪


via Instagram http://ift.tt/2eG0BD3

Wednesday, November 2, 2016

Junior aku: "Bang, nak share something boleh tak?" Aku: "Boleh. Apa dia?" Junior aku: "Saya tak tahu apa dah jadi pada saya. Sejak saya jumpa perempuan tu, saya asyik terbayang-bayang muka dia. Hati tak tenang." Aku: "Jatuh cinta?" Junior aku: "Entahlah. Apa saya kena buat?" Aku: "Baca Al-Quran, insya-Allah hilang bayangannya." Junior aku: "Dah bang. Tapi, muka dia muncul menari-nari di atas ayat-ayat Al-Quran yang saya baca." Aku: "Chia Chia Chia..." Junior aku: "Abang, orang betul-betul ni. Main-main pulak." Aku: "Hahaha, ok. Abang nak tanya. Kenapa kau baca Al-Quran tadi?" Junior aku: "Untuk tenangkan hati, hilangkan bayangan dia." Aku: "Sebab tu bayangan dia tak hilang." Junior aku: "Maksud abang?" Aku: "Hati akan tenang, bila ingat Allah. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. [Q.S. Ar-Ra'du, 13:28] Hati kau tak akan tenang kalau kau cuba melupakan dia. Hanya dengan mengingat Allah yang akan menenangkan hati kau dan melupakan bayangan dia." Junior aku: "Pergh, dalam tu bang." Aku: "Tau takpe. Cukup-cukup berangan. Pergi wudhu' solat taubat, solat hajat, teruskan kehidupan. Kalau betul-betul serius, pergi jumpa mak ayah dia." Junior aku: "Ok bang, saya cuba." Aku: "Cuba yang mana? Solat ke jumpa mak ayah dia?" Junior aku: "Dua-dua sekali." Aku: "Chia Chia Chia.."


via Instagram http://ift.tt/2eVbnbE

Tuesday, November 1, 2016

I have a sweet tooth ❤️❤️❤️


via Instagram http://ift.tt/2f8PhDa

Monday, October 31, 2016

🌹Sesiapa sahaja yang mengingatkan kamu kepada kebaikan maka dengarlah. 🌹Kerana kebaikan tidak selalunya keluar dari mulut orang yang kamu anggap baik.


via Instagram http://ift.tt/2flXmp9

Saturday, October 29, 2016

Disebabkan org rumah x berapa sihat, kita ganti la tanggungjawab buat makan. Sarapan dulu... Eh? Ni dh kire brunch ni. Hehe.... Semoga @sitinoorzulaiha diveri kesembuhan, biiznillah.


via Instagram http://ift.tt/2dZEaaP

Wahai kawan. Pernah tak kau menangis sebab tak tahan dengan dosa yang kau lakukan? Kau nak bebas dari dosa, tapi dirimu seolah terpenjara dengan dosa yang telah kau lakukan? Pernah tak kau bertaubat dari maksiat yang kau buat, namun, kau terjatuh dan tergelincir dalam dosa yang sama berulang-ulang kali? Pernah tak kau rasa cukup terseksa dengan dosa yang kau buat, namun, tika kau mahu tinggalkannya, kau tak mampu kerana diri kau seolah dah ketagih dengan dosa tersebut? Wahai kawan... Pernah tak kau rasa beban atas dosa yang kau lakukan? Pernah tak kau menangis teresak-esak kerana kau mahu bebas dari dosa? Pernah tak kau bangun di malam hari seorang diri, ambil wudhuk, solat taubat, merintih, merayu pada Allah agar Allah beri kau kekuatan untuk tinggalkan maksiat? Wahai kawan... Terkadang, kita selalu rasa seolah tiada lagi JALAN KELUAR dari maksiat yang telah kita lakukan. Bahkan, kadang-kadang kita rasa putus asa dengan Allah. Kita putus asa dengan taubat, kita rasa pengampunan Allah tidak layak untuk kita. Namun... Yakinlah wahai kawan. Seteruk mana pun kita, sejauh mana pun kita telah tinggalkan Allah, sebanyak mana dosa kita, ALLAH TETAP CINTAKAN KITA dan ALLAH TETAP AKAN AMPUNKAN KITA. Allah takkan jemu ampunkan kita wahai teman. Begitu pemurahnya Allah. Dan yakinlah... Selagi kita usaha dan tak putus asa, Allah akan berikan kita JALAN KELUAR dari setiap maksiat yang kita laku. Saat itu, ketenangan akan hadir, kebahgiaan akan menerpa, dan kita akan menangis kesyukuran. Sungguh.. "Tuhan takkan pernah menzalimiku, Hanya aku yang menzalimi diriku, Berilah jalan keluar.. " @JejakaJanggut


via Instagram http://ift.tt/2f0iRIp

Wednesday, October 26, 2016

Kepada hijabista di luar sana... Kalau berminat nak pakai shawl mudah main ikat2 je pun dah boleh. Jangan lupa melawat IG @tatiya_stailista P/s: banyak lagi brg lain ade.... #Repost @tatiya_stailista with @repostapp ・・・ Instant shawl pertama dari Tatiya. Double Loop Twist. Direka khas untuk memudahkan si pemakai. Sesuai untuk penggemar shawl, tapi malas nak belit-belit. Hehe.. Kerongsang pon tak payah pakai tau. Ikat-ikat, dah siap. Mudahkan?? 😍😍😍 #instantshawl #doublelooptwist #doubleloop


via Instagram http://ift.tt/2eddCEc

How sweet. Thanks my friend. 😘😘


via Instagram http://ift.tt/2exFkOO

Sunday, October 23, 2016

Menghargai ciptaan Allah. #bendang #paritbuntar #parithajiwahab #paddyfield #paddy #sawahpadi


via Instagram http://ift.tt/2ew7uXY

Friday, October 21, 2016

Sambil tunggu kereta dicuci... Kita minum dulu... Sambil minum tu... Muhasabah diri apa yg patot. Jgn melangu je. Hehe..


via Instagram http://ift.tt/2dvtdma

Friday, October 14, 2016

Sembang malam + curhat. Setelkan apa yang x setel. #siblings #family #dinner #anakbuahsibok


via Instagram http://ift.tt/2dpkWyq

Budak Tarbiah: Telefon pintar rancak berdering.. Calling from Dr Zamri. "Assalamualaikum Dr." "Waalaikumussalam. Group 3 sila standby. Kita ada kes hari ni. Jam 0900 semua dah ada di Hospital." "Baik Dr." Sampai di mortuary. Dr ajak masuk bilik meeting. "Begini kes nya, seorang budak lelaki 17 tahun telah mati kemalangan jalan raya ketika sedang menunggang motosikal bersama seorang perempuan. Dipercayai budak perempuan tersebut tiada tali persaudaraan dengan beliau. Kata keluarga si mati. Couple. Budak perempuan tu di icu (intensive care unit) antara hidup dan mati." Dalam hati, "Allah. Mati saat bersama cinta dusta" Lalu Dr arahkan kami semua masuk ke dalam bilik bedah mayat. Seram jugak. Tulang terkeluar, darah tumpah sana sini. Disection pun bermula. Paling tak tahan time bedah kepala. Tak tahu lah apa perasaan si mati andaikata dia melihat keadaannya ketika itu. Cause of death, traumatic injury dalam brain and heart. ******* Kita tak tahu bila akan mati. Kalau mati ketika sedang bermaksiat, maka kita jadi orang yang rugi selama-lamanya. Kalau mati sedang beribadah ikhlas pada Allah, untunglah. Maka, pilih lah. Nak yang mana? 'Kullu nafsun zaaiqatul maut' @themurobbi


via Instagram http://ift.tt/2e6oow9

Thursday, October 13, 2016

Pancake Maggi. Merajinkan diri buat breakfast untuk anak2 sedara. Bismillah...


via Instagram http://ift.tt/2dReOBW

Sunday, October 9, 2016

Ternampak jam tangan smartwatch Fossil tadi. Allahurabbi.... Cantik... 😊😊😊 #fossil #fossilQwatch #smartwatch


via Instagram http://ift.tt/2dCZnxi

Friday, October 7, 2016

Allahurabbi.... Sejuknya petang ni. Berkabus2... #nicescenery #ciptaanAllah #praisetoAllah


via Instagram http://ift.tt/2d86oDk

Thursday, October 6, 2016

Aktiviti malam ni - cuci motorbike. Untung lah ada motorbike, papa pun xde taw. 😁😁😁


via Instagram http://ift.tt/2dxGHf6

Wednesday, October 5, 2016

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagiamu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak akan menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. (Al-Qashash: 77)


via Instagram http://ift.tt/2dMjO5k

Sunday, October 2, 2016

Rindu papa katanya. 😁😁😁😁


via Instagram http://ift.tt/2dly9so

Saturday, October 1, 2016

RAMA-RAMA tidak TAHU betapa INDAHnya WARNA sayap mereka, akan tetapi MANUSIA lebih TAHU betapa INDAHnya WARNA mereka.." Begitulah juga diri kita, TIDAK TAHU betapa INDAH dan ISTIMEWAnya diri kita. Namun begitu betapa ALLAH TAHU dan meng"ISTIMEWA"kan kita dimataNya... Tatkala kita TUNDUK dalam SyariatNya, REDHA atas TakdirNya, TERSENYUM dalam MUSIBAHNya, dan TEGAR dalam UJIANNya. BerSYUKURlah Pada ALLAH..(◕‿◕) Tunduk dan Sujud Di atas SEjadah CIntaMU


via Instagram http://ift.tt/2dh0gLN

Friday, September 30, 2016

Disebabkan dia dh rosakkan headphone kita, ditimpa rasa bersalah, dia sanggup pusing bandar cr kan headphone utk ganti blk. Tq lah sgt2... Semoga Allah merahmati kamu. 😊😊😊


via Instagram http://ift.tt/2cFTi1w

Tuesday, September 20, 2016

The best cendol in Ipoh. Rich in flavour. Heavenly taste. #cendol #cendolwawasan #ipohfood


via Instagram http://ift.tt/2d7tVlu

Monday, September 19, 2016

Bila si gedik kecik ni mengadap cermin. #gedik #berangankuat #sikerinting


via Instagram http://ift.tt/2cMgRVd

Once in a blue moon, I'd request this from my wife. Super spicy wet noodle. Mouth watering 😘😘😘


via Instagram http://ift.tt/2coY3uj

Tuesday, September 13, 2016

Orang kata, kalau nak segar mata, pekena teh dulu. Haha... "Mei secewen...!"


via Instagram http://ift.tt/2cUzg00

Wednesday, September 7, 2016

Mulakan malam dengan mi + sambal kentang & telur, kemudian diakhiri dengan iced thai tea. Owh nikmat.... #noodles #thaitea #dinner


via Instagram http://ift.tt/2bT99V5

Saturday, September 3, 2016

Akhirnya dapat tunaikan permintaan abah untuk merasa kek oren. Dah lama mintak tp x buat2. Hope abah happy... 😊😊😊 #kekoren #orangecake #loveabah


via Instagram http://ift.tt/2bSPIfo

Sunday, August 14, 2016

While waiting to be served....


via Instagram http://ift.tt/2aUU1fz