Friday, October 14, 2016

Budak Tarbiah: Telefon pintar rancak berdering.. Calling from Dr Zamri. "Assalamualaikum Dr." "Waalaikumussalam. Group 3 sila standby. Kita ada kes hari ni. Jam 0900 semua dah ada di Hospital." "Baik Dr." Sampai di mortuary. Dr ajak masuk bilik meeting. "Begini kes nya, seorang budak lelaki 17 tahun telah mati kemalangan jalan raya ketika sedang menunggang motosikal bersama seorang perempuan. Dipercayai budak perempuan tersebut tiada tali persaudaraan dengan beliau. Kata keluarga si mati. Couple. Budak perempuan tu di icu (intensive care unit) antara hidup dan mati." Dalam hati, "Allah. Mati saat bersama cinta dusta" Lalu Dr arahkan kami semua masuk ke dalam bilik bedah mayat. Seram jugak. Tulang terkeluar, darah tumpah sana sini. Disection pun bermula. Paling tak tahan time bedah kepala. Tak tahu lah apa perasaan si mati andaikata dia melihat keadaannya ketika itu. Cause of death, traumatic injury dalam brain and heart. ******* Kita tak tahu bila akan mati. Kalau mati ketika sedang bermaksiat, maka kita jadi orang yang rugi selama-lamanya. Kalau mati sedang beribadah ikhlas pada Allah, untunglah. Maka, pilih lah. Nak yang mana? 'Kullu nafsun zaaiqatul maut' @themurobbi


via Instagram http://ift.tt/2e6oow9

No comments:

Post a Comment