Monday, October 10, 2016

Disebut dalam hadis Nabi SAW, amalan baik akan datang kepada si mati dalam rupa bentuk lelaki rupawan yang berpakaian cantik dan berbau harum. Dia akan berkata: "Terimalah khabar yang akan menggembirakanmu." Lalu si mati akan bertanya: "Siapa engkau? Sungguh rupamu rupa orang yang membawa kebaikan." Lelaki itu menjawab: "Akulah amalanmu yang soleh." Adapun amalan yang buruk, ia mendatangi tuannya dalam kubur dalam rupa bentuk lelaki hodoh berpakaian buruk dan berbau busuk. Dia akan berkata: "Terimalah khabar yang akan menyedihkanmu. Inilah hari yang telah dijanjikan buatmu." Lalu si mati akan bertanya: "Siapa engkau? Sungguh rupamu rupa orang yang membawa keburukan." Lelaki itu menjawab: "Akulah amalanmu yang buruk. Sungguh engkau dahulu lambat melakukan ketaatan tetapi cepat melakukan kemaksiatan. Kerana itu ALLAH membalasmu dengan kejahatan." (Riwayat Abu Daud)


via Instagram http://ift.tt/2d7HwIF

No comments:

Post a Comment