Saturday, November 5, 2016

"Akak, sihat? Macam mana keadaan akak sekarang?" Sengaja menyapa, bertanya khabar. Lama tak jumpa dan bergerak kerja bersama, sekarang. Makin cantik akhwat tu sekarang (cantik orang umum. Kulit makin flawless. Pemakaian makin bergaya). Kbai~~ "Alhamdulillah. Ok je. Sihat macam mana tu yang kamu maksudkan ?" "Gangguan akak sebelum ni dah berkurang ?" "Oh yang tu. Alhamdulillah, dah hilang terus. Rasa ringan badan. Takde lah sakit selalu macam dulu." "Oh, alhamdulillah. Akak berubat kat mana?" "Takde pergi berubat mana mana sangat. Akak banyak kuatkan diri, tilawah dan berdoa sungguh sungguh kepada Allah minta Allah sembuhkan. Alhamdulillah." Alhamdulillah. Bukan nak buka aib orang. Cuma, aku kerap kali terfikir dan terimbas banyak perkara dalam minda. Kadang, ada betul cakap ustaz. "Syaitan akan buat apa sahaja, sampai kita gugur dari medan juang ni. Apa sahaja. Jadi, kita kena lawan. Bukan redha dengan kesakitan demi kesakitan. Lawan. Biar syaitan yang futur daripada menghasut kita semua. Trust me. Semua yang sakit sakit ni, confirm sembuh terus. Percayalah." Lebih betul, kalam Allah taala, Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". [ QS. Al A’raf : 16–17 ] Indeed. Lebih lama kita dalam dakwah dan tarbiah, lebih kuat kita bekerja untuk Allah, lebih besar pangkat syaitan yang dihantar untuk kalahkan kita. Jadi, why not bertahan sikit untuk seketika ? Sampai kita dah boleh selesa bergembira di syurga ? Sakit itukan kifarah dosa. Bukan alasan untuk kita berhenti daripada 'bekerja'. Bekerja untuk amankan dunia daripada maksiat dan noda. Wallahualam. Ini bukan post kecam. Tapi sengaja nak buat muhasabah diri dan semua yang diuji dengan macam macam cara. Kuat ya, kawan kawan. @budaktarbiah


via Instagram http://ift.tt/2eoOUzU

No comments:

Post a Comment