Saturday, November 12, 2016

Aku: Macam mana dengan kau punya gangguan (jin) kau tu? Kawan: Masih macam tu, kadang2 sakit, kadang2 ok. Kadang2 agak sedang2 elok la sakitnye. Tapi kan, kenapa eh aku bole kena mcm ni? Padahal orang lain ok je aku tengok...?? Aku: ...... Mungkin, Kifarah? Kawan: hmm...? Pelik lah. Aku: Macam mana sekarang? dah perkukuhkan solat? Kawan: .... Cube, tapi x kukuh mana lah. Selalu rongak. Haha.... Aku: ......... Allahurabbi.... Kegkawan, gangguan jin ni salah satu dari musibah. Musibah ni adalah ujian Allah. Ingat, sebab Allah sayangkan kita lah dia menguji kita. Ujian Allah ni ada 2 jenis. Satu untuk meguji iman kita terhadap Dia. Dan satu lagi sebagai peringatan kepada kita atas dosa2 lama yang kita pernah lakukan. Haaaa..... Yang kedua ni yang selalu manusia tak ambil iktibar dan pedoman. Allah bagi petunjuk dan hidayah melalui ujian. Petunjuk bahawa kita pernah lakukan kesilapan dan Allah nak kita cari punca kesilapan tu dan perbetulkan balik sementara kita masih hidup lagi kat dunia ni. Allahuakbar, betapa sayangnya Allah pada kita. Kat dunia lagi dah bagi can nak betulkan kesilapan. Dari Anas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda "Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan, ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat." Jadi kengkawan, lebih baik bersyukur dengan musibah, tidak kira apa jenis jua. Kerana, lebih baik Allah memberi kita balasan di dunia dan diringankan balasan itu di akhirat. Daripada diperam semuanya sehingga ke akhirat sebab Allah memang betul2 mahu kan mereka menerima balasan yang setimpalnya diakhirat nanti. Wallahu a'lam.


via Instagram http://ift.tt/2ftrjQg

No comments:

Post a Comment