Saturday, November 19, 2016

Macam mana kita nak tahu kita buat kerja atau tidak ? Bila kita tenang macam tiada masalah (walhal di belakang nuh berlonggok masalah perlu di selesaikan), atau bila kita tak tahu kita nak buat apa sebab rasa macam acah-acah semua dah selesai, Bererti, kita tak berbuat. Atau, kita belum mula berbuat. Bila terlalu banyak masalah perlu diseselaikan, dan asyik muncul masalah masalah yang baru, yakinlah bahawa, kita sedang berbuat. Kenapa? Sebab, bila kita berbuat, baru akan wujud banyak masalah. Dan kita akan sibuk menyelesaikan segala masalah yang memang ada dan tiba-tiba wujud. Sama macam kau nak pergi makan. Kalau kau duduk congok depan TV walaupun kau lapar dan nak makan, kau akan tertidur atau tak rasa apa. Tapi kalau kau bangun pergi dapur dan buka peti ais, baru kau tahu yang rupanya peti ais kau tu kosong tak ada benda nak di masak. Eh!? Jadi, Berbuatlah, agar ada masalah, dan agar masalah tu kita boleh selesaikan :) Berbuatlah setiap hari, kerana masalah itu wujud setiap hari. Salam Kasih, Selamat berbuat dan selamat berkerja.


via Instagram http://ift.tt/2fQ8IxO

No comments:

Post a Comment