Wednesday, November 30, 2016

Jahat macamana pun kita, jangan tinggal solat. Pernah berzina? Itu bukan alasan untuk tinggal solat. Pernah minum arak, mencuri, tengok video lucah, couple, ketagih drama, mencarut, dan segala maksiat yang pernah kita lakukan, itu bukan alasan untuk tinggal solat. Kerana... Kalau betul kita Islam, solatlah. Kalau betul nak berubah, solatlah. Kalau betul cinta Allah, solatlah. Kalau nak dapat kekuatan, solatlah. Kalau nak berjaya, solatlah. Kalau nak kebahgiaan, solatlah. Solat itu lama kelamaan akan menghakis jahiliah dalam diri kita, sehingga akhirnya kita jadi yang terbaik. Kawan... Solatlah, jangan sesekali tinggalkan solat dengan sengaja. Jika kita pernah tinggalkan solat, taubatlah dengan taubat nasuha, kemudian qadha' lah kembali solat yang kita telah tinggalkan, dan jangan ulangi lagi. Moga Allah masukkan kita ke dalam golongan yang mendirikan solat! Aamiin Allahumma Aamiin.


via Instagram http://ift.tt/2gFLrlq

No comments:

Post a Comment